Header Ads

~Muhasabah Cintaku~La Tahzan Kerana Cinta

MENCARI SUAMI YANG SOLEH

1) Dia yang menjaga solatnya: Ini adalah kriteria utama untuk mencari calon. Seeloknya carilah lelaki yang solat berjemaah di masjid. Apabila lelaki patuh dan mendirikan solat dengan sempurna, insyaAllah segala amalan lain akan turut menjadi sempurna. Ini kerana solat adalah ibu segala amal. Jika sempurna solat, maka segala amalan lain akan turut sempurna, InsyaAllah.

2) Dia yang sentiasa menutup aurat: Seorang lelaki yang tidak menutup aurat samada ada semasa bersukan atau tidak bukanlah seorang yang berakhlak di sisi Islam. Lelaki yang baik dan soleh tidak akan sesekali membuka aurat mereka.

3) Dia yang sentiasa menundukkan pandangan: Lelaki yang baik adalah mereka yang menjaga pandangan mereka daripada perkara-perkara yang ditegah agama. Sama ada semasa bersama orang ramai ataupun semasa dia bersendirian.

4) Dia yang menjaga akhlak dan pergaulan: Akhlak ibarat sebuah bumbung pada sebuah bangunan. Tanpa bumbung, basah dan panaslah orang yang berada di dalam bangunan. Akhlak yang mulia itu adalah cerminan peribadi dan amalan soleh seseorang. Lelaki yang baik akan menjaga akhlak dan pergaulan mereka dengan orang yang bukan mahram dengan mereka.

5) Dia yang berteman orang yang soleh: Jika mahu menilai seseorang, cara yang paling mudah adalah melihat pada teman-temannya. Jika temannya kaki bola, perangai dia juga akan lebih kurang sama dengan teman-temannya. Jika sahabat-sahabatnya orang-orang yang baik dan soleh, insyaAllah, dia juga akan berakhlak baik seperti sahabatnya.

6) Dia mampu menahan kemarahan & bersabar: Lelaki yang paling kuat adalah lelaki yang sabar dan mampu mengawal diri ketika marah. Jika dia mampu mengawal perasaan ketika marah, insyaAllah, dia akan menjadi suami yang penyabar dan bertimbang rasa.







sumber : http://www.facebook.com/muhasabahcintaku.latahzankeranacinta

Tidak ada komentar

Diberdayakan oleh Blogger.